Return & Refund Policy
Di Velia Empire, setiap tudung yang dijual telah melalui proses Quality Control (QC) yang teliti bagi memastikan produk berada dalam keadaan baik sebelum dihantar kepada pelanggan.
Pemeriksaan Produk (Quality Control)
Semua tudung akan diperiksa terlebih dahulu sebelum penghantaran bagi memastikan tiada kecacatan seperti kerosakan kain, jahitan atau kotoran. Kami berusaha untuk memastikan setiap pelanggan menerima produk yang berkualiti.
Tiada Pemulangan atau Refund Selepas Digunakan
Sebarang pemulangan (return) atau bayaran balik (refund) tidak akan diterima sekiranya tudung tersebut telah dipakai, digunakan, dibasuh atau diubah dalam apa jua keadaan.
Syarat Permohonan Return
Pemulangan hanya boleh dipertimbangkan sekiranya:
-
Produk yang diterima rosak atau cacat dari kilang
-
Produk yang diterima tidak sama dengan pesanan pelanggan
Dalam situasi tersebut, pelanggan perlu menghubungi kami dalam tempoh 48 jam selepas menerima pesanan dengan menyertakan bukti gambar atau video keadaan produk.
Syarat Produk untuk Return
-
Produk mestilah belum dipakai atau digunakan
-
Produk mestilah dalam keadaan asal
-
Kotak dan pembungkusan asal masih dalam keadaan baik
Proses Permohonan
Sila hubungi kami melalui maklumat berikut untuk sebarang pertanyaan atau permohonan berkaitan:
Email: veliaempire31@gmail.com
Telefon / WhatsApp: 012-6689526
Velia Empire berhak untuk menolak sebarang permohonan pemulangan atau refund sekiranya produk didapati telah digunakan atau tidak memenuhi syarat yang ditetapkan.
Terima kasih kerana memahami dan menyokong Velia Empire.
